Saturday, April 13, 2024

40 tahun ‘tidur’: Gunung berapi Mauna Loa di Hawaii meletus

EMPAT dekad tidak meletus, dua hari lepas, gunung berapi terbesar di dunia yang terletak di Hawaii meletus.

Menurut laporan Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS), gunung berapi Mauna Loa yang lama ‘tidur’ meletus sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan.

Lava dan abu mula dimuntahkan ekoran letusan gunung berapi itu dan mengalir dari arah Timur Laut.

Tidak pula dilaporkan berapakah radius penempatan atau jarak penduduk dengan gunung berapi Mauna Loa itu.

USGS mengeluarkan rekod terkini letusan gunung berapi tertinggi adalah sekitar 30 ke 60 meter.

Namun kebanyakkan letusan adalah lebih kecil dan terdapat beberapa gumpalan gas yang keluar dari rekahan gunung berapi serta limpahan laha.

Laha yang melimpah pada ketika ini terkumpul di zon rekahan Timur Laut meskipun laha gunung berapi itu belum menyebabkan kecederaan ke atas penduduk.

Susulan letusan gunung berapi itu, para saintis berpendapat tiupan angin boleh membawa gas dan abu ke bawah gunung.

Oleh itu, atas faktor keselamatan dan kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi tersebut, kawasan berhampiran wilayah itu ditutup.

Setakat ini pihak berkuasa Haiwaii belum mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk penduduk berpindah kerana tiada lagi risiko terhadap penduduk buat masa ini. – REFLEKS