Monday, March 4, 2024

Hujan esok hingga Ahad, hati-hati banjir kilat

KALAU esok hujan, hati-hatilah memandu sebab warga Lembah Klang terpaksa berdepan dengan banjir kilat.

Para pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal dinasihatkan jangan berhentikan kenderaan secara sembrono.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pun menggesa pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati berikutan banjir kilat yang melanda beberapa beberapa jalan di ibu negara.

Dalam ciapan di Twitter, Pusat Arahan & Kawalan Kuala Lumpur (KLCCC) DBKL berkongsi gambar jalan yang terjejas akibat banjir kilat di Jalan Parlimen, Jalan Bangsar, Jalan Raja Chulan dan Jalan Maharajalela hari ini.

Warganet turut membuat ciapan terdapat beberapa laluan lain seperti Jalan Dang Wangi dan Jalan Damansara turut terjejas.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi Twitter turut memberi amaran mengenai peningkatan paras air di tiga sungai di Selangor.

Sungai Langat merekodkan paras air 3.41m manakala Sungai Bernam telah melepasi paras bahaya dengan bacaan 27.12m.

Sungai Selangor di Rantau Panjang juga melepasi paras berjaga-jaga dengan bacaan 6.88m.

Lapan negeri dijangka berhadapan dengan hujan berterusan menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) esok dan Ahad. – REFLEKS