Ken Block maut kemalangan kereta luncur salji

0
148

IKON sukan pemotoran, Ken Block, 55, maut setelah terbabit dalam kemalangan kereta luncur salji di Utah, Amerika Syarikat hari ini.

Tragedi malang itu berlaku ketika Block dikatakan sedang menunggang kereta luncur saljinya di cerun yang curam.

Kemungkinan besar Block gagal mengawal kelajuan kereta luncur salji itu yang secara tiba-tiba terbalik dan menghempap badannya.

Berita kematian ikon pemotoran itu itu disebarkan melalui media sosial, Instagram thehoonigans kira-kira tiga jam yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hoonigan Industries (@thehoonigans)

“Dengan rasa kesal, kami mengesahkan bahawa Ken Block telah meninggal dunia dalam kemalangan kereta salji hari ini.

“Ken seorang yang berwawasan, perintis dan ikon. Dan yang paling penting, dia merupakan seorang ayah dan suami. Dia akan sangat dirindui” catat Instagram TheHoonigans.

Melalui catatan tersebut juga meminta semua peminat Block agar menghormati privasi keluarga mendiang yang sedang bersedih atas kematiannya.

Untuk rekod, Block juga merupakan salah seorang pengasas reka bentuk jenama kasut DC Shoes dan pengasas bersama Hoonigan Industries.

Mendiang turut membintangi berberapa siri video pemanduan. Block meninggalkan isteri, Lucy dan tiga orang anak perempuan.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here