Saturday, April 13, 2024

Neelofa jelaskan maksud tersirat dari pesanan ‘travel’

Selebriti dan usahawan terkenal Neelofa menjelaskan bahawa status yang di muat naik melalui media sosial, Instagram storynya sebelum ini dia tidak berniat untuk tujukan kepada individu tertentu.

Sebaliknya dia memberikan mesej positif itu kepada semua orang, memadangkan sekarang ini ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang sedang bercuti.

Ujarnya lagi kenyataan yang dikeluarkan telah dimanipulasi oleh orang media dengan kefahaman yang berbeza.

Menurutnya lagi ini status tersebut merupakan pandangan peribadi dirinya, bahawa semasa sedang bercuti nikmatilah dan hargailah sekeliling dari lebih banyak memegang telefon.

“Saya sebelum ini banyak peluang ke luar negara untuk bekerja dan melancong, saya rasa, saya nak nak berubah untuk menikmati atau lebih menghargai pada ketika itu lebih daripada saya pegang telefon.

“Bukan bermaksud tidak boleh terus memuat naik di media sosial, boleh sahaja memuat naik gambar dan video demi kenangan, saya juga akan melakukan benda yang sama “, luahnya melalui TikTok.

Neelofa meninggalkan pesanan untuk semua orang, nikmati percutian dengan bahagia dan selamat, dia juga berharap agar mana-mana pihak untuk hentikan spekulasi.

Terdahulu kenyataan Neelofa telah disalah tafsir oleh sesetengah netizen sehingga menyentuh perihal percutian beberapa selebriti.