Tuesday, March 5, 2024

“Orang Lepas Bersalin Nak Makan Kering-Kering, Kita Bagi Sambal Garing Meroyan,” – Kak Sya

Selain jadi pilihan makanan orang bersalin, Sambal Garing Meroyan tepati cita rasa rakyat Malaysia yang gemarkan rasa sedap dan pedas.

Dari sudut bahasa, ia libatkan perubahan emosi kepada wanita selepas bersalin dan dalam masyarakat, ada mengatakan ia seperti ‘gila’.

Jadi apabila kaitkan makanan tradisi ini dengan istilah meroyan, sesiapa yang mencubanya pasti akan ‘gila’ untuk buat pembelian ulangan.

Tercetusnya Nama Sambal Garing Meroyan

Menurut Pengerusi Pertubuhan Salam Budi, Syabanu Baba, idea untuk memberi jenama Sambal Garing Meroyan ini datang secara spontan.

Cerita bermula semasa anaknya bersalin. Sebagai ibu, Syabanu atau yang juga dikenali sebagai Kak Sya tahu apa yang terbaik.

“Ceritanya bermula semasa anak saya bersalin. Makanan orang bersalin kena makan sambal kering-kering. Jadi saya buat sambal kering-kering pedas.

“Selepas buat, anak kata sedap dan apabila bawa ke pejabat, ada permintaan dan saya berpendapat ia petanda yang bagus.

“Maka diambil situasi selepas orang bersalin dan istilah yang catchy, anak saya mencadangkan nama Sambal Garing Meroyan,” katanya.

Resepi Turun-Temurun, Sumbang Kepada Pertubuhan

Ujar Kak Sya, resepi Sambal Garing Meroyan adalah daripada emak dan daripada nenek sejak turun-temurun.

Maka disebabkan itulah, generasi hari ini masih berpeluang untuk menikmati makanan tradisi yang cukup lazat.

Selain itu, hasil jualan juga akan disumbang kepada pertubuhan bagi manfaat ahli dalam perkara-perkara tertentu.

Dapat Sambutan, Ikan Bilis Gred A

Kak Sya bersyukur kerana sepanjang mempromosi dan menjual Sambal Garing Meroyan, sambutannya memberangsangkan.

“Kita guna ikan bilis kualiti gred A dan dijual pada harga RM23 sebekas dengan berat bersih 140g.

“Untuk dapatkannya, kami ada ejen di Klang, Singapura, Johor Bahru dan kami juga boleh pos ke seluruh Malaysia termasuk Brunei.

“Jika berminat, boleh hubungi Kak Sya menerusi nombor Whatsapp 019-2883291 dan penghantaran boleh dibuat dengan selamat,” katanya. – REFLEKS!

.

.

Berminat untuk promosikan perusahaan anda dengan Refleks.my? Klik sini!