Tuesday, February 27, 2024

Berpakaian ketat buat rezeki Dewi bertambah, tarik kunjungan lelaki

Seorang wanita muda, Dewi menjadi tumpuan ramai lelaki apabila selesa untuk tampil berpakaian ketat ketika berniaga di Gresik, Jawa Timur.

Peniaga wanita berkenaan, Dewi menjadi tular apabila muncul dalam video YouTube salah seorang pencipta kandungan di negara itu, Yusuf Farda.

Dewi menjual nasi pecel dan nasi campur namun hanya menjalankan operasi perniagaannya pada sebelah malam.

Dewi hanya menjual nasi pecel dan nasi campur serta 15 pilihan lauk selain kedainya hanya beroperasi pada sebelah malam sahaja.
Dewi hanya menjual nasi pecel dan nasi campur serta 15 pilihan lauk selain kedainya hanya beroperasi pada sebelah malam sahaja.

Bagi memuaskan selera pelanggan, Dewi memasak 25 kilogram beras setiap hari dan menyediakan hampir 15 jenis aneka lauk untuk dinikmati.

Paling menarik, kedai Dewi bukan hanya dibanjiri orang ramai pada setiap malam sehingga terpaksa beratur panjang sebelum menjamu selera.

Malah kaum lelaki yang hadir atau netizen lelaki yang belum sempat hadir memuji kecantikan Dewi sebagai pelaris bagi nasi pecel dan nasi campur.