Bliese rancang ke liga Super Malaysia

0
93
Dari 2021, Bliese telah mula bersama Akedemi Bolasepak Akar Umbi, KL Rovers

JENAMA pewangi yang semakin dikenali di Malaysia dan rantau Asia tenggara memberi gambaran akan bersama salah satu pasukan bolasepak liga Super malaysia musim 2023.

“Beberapa pasukan dari selatan tanah air, lembah kelang dan utara ada datang berjumpa dengan. kami dan mempelawa Bliese untuk bersama pasukan mereka” kata Suhaimi Saiful, pengasas pewangi jenama Bliese.

Kami memang berminat dan sedang meneliti beberapa perkara  dari sudut pemasaran dan pembangunan produk.

Pengasas Bliese (M) Sdn Bhd , Encik Suhaimi Saiful

Kami juga akan menghadiahkan sesuatu yang baru kepada pengguna serta agen agen Bliese tidak lama lagi, tambah Suhaimi.

Bolasepak satu permainan yang dimainkan secara global. Peminat Bolasepak amat unik.  Kami merancang untuk bersama salah satu pasukan sebagai tanda terima kasih dan hadiah kepada penyokong wangian Bliese.

Jenama Bliese telah bersama pasukan bolasepak akar umbi di Kuala Lumpur iaitu KL Rovers Academy lebih 2 tahun.  Kami percaya dengan melibatkan diri dengan pasukan ini masyarakat dan komuniti akan lebih menerima jenama Bliese sebagai jenama wangian pilihan keluarga.

Bliese (M) Sdn Bhd menyasarkan jualan yang lebih baik tahun 2023 memandangkan banyak sektor ekonomi telah dibuka kembali selepas lebih 2 tahun Covid melanda dunia. Semoga dengan penglibatan ini, ia akan memberi lebih kekuatan kepada agen agen kami seluruh pelusuk tanah air dan rantau Asia tenggara.

Pakej dan produk Bliese sentiasa sensitif dan peka kepada kehendak pengguna dan banyak memberi manafaat kepada agen agen yang menjadi tunjang utama kekuatan jaringan pemasaran produk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here