Serina Chef Wan hilang hak penjagaan terhadap dua anaknya

0
194
KENANGAN manis Serina dengan Gavin suatu ketika dahulu, kini berakhir bukan sahaja dengan perceraian tetapi dua anak mereka diserahkan hak penjagaan kepada bapa, bukan ibu. - GAMBAR GOOGLE

ALANGKAH ruginya seorang ibu apabila anak yang dilahirkan, disusukan dan dibelai tidak diberikan hak penjagaan oleh mahkamah selepas bercerai.

Biar apapun alasan yang diberikan oleh pihak Mahkamah namun sedih apabila seorang ibu itu hanya boleh melawat dan memegang atau mencium anak-anaknya setiap dua minggu.

Hilangnya hak seorang ibu yang ditentukan oleh mahkamah duniawi ini sebenarnya sedih kerana setiap ibu pasti mahu anak-anaknya berada di sisinya.

Apa tah lagi di hari tua nanti. Anak-anaklah yang digantung harapan menjaga, merawat sehingga ke akhir hayat.

Nasib Serina Redzuawan anak kepada chef selebiriti, Datuk Chef Wan dikira ‘malang’ apabila hak penjagaan kedua-dua orang anaknya diperintah oleh Mahkamah, diserahkan kepada bekas suaminya, seorang mualaf.

Isabella Saffiya O’Luanaigh yang berusia 12 tahun diserahkan kepada Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, 46 tahun.

Anak lelaki mereka, Tristan Tareef O’Luanaigh, 13, juga diserahkan kepada Gavin dan perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tahun 2020.

Kalau anak berusia 12 tahun memberi kenyataan kepada mahkamah dan berdasarkan kata-kata anak itulah yang membuatkan Serina hilang hak.

Walaupun mahkamah memberikan hak penjagaan Isabella kepada Serina, tetapi anak perempuannya tidak tinggal bersamanya.

Disebabkan oleh itu, mahkamah memutuskan untuk memberikan hak penjagaan kepada Salahudin terhadap kedua-dua anak mereka.

Gavin memfailkan tuntutan untuk mendapatkan hak penjagaan Isabella pada Khamis lalu. Serina dan Gavin telah berkahwin pada 1 Januari 2010 dan bercerai pada 1 Ogos 2017. – REFLEKS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here