Monday, March 4, 2024

Berbadan Gempal Tak Halang Hans Awalluddin Terus Terima ‘Job’

Biar pun bertubuh gempal, ia tidak pernah menghalang Hans Awalluddin untuk terus terima ‘job’ dalam industri seni tempatan.

Paling menarik, Hans bukan sahaja ditawarkan untuk berlakon malah pernah meragakan pakaian bagi beberapa jenama terkenal.

Hans berjaya mencatat rekod sudah berkolaborasi dengan Uniqlo, Hustla serta muncul dalam majalah fesyen Singapura, Oxstreet.

Terus Belajar

Namun untuk sampai ke tahap ini, Hans mengakui dirinya akan terus belajar daripada orang-orang hebat yang ada di sekelilingnya.

“Saya bermula dengan ujibakat. Keluarga cadangkan untuk saya hadir ke satu sesi ujibakat dan Alhamdulillah, saya terpilih.

“Maka dari situ, bermulalah perjalanan lakonan saya. Satu per satu. Ia bermula dengan drama, filem, TVC dan seterusnya, dunia fesyen,” katanya.

Bertubuh gempal tak halang Hans Awalluddin untuk berfesyen.
Bertubuh gempal tak halang Hans Awalluddin untuk berfesyen.

Tambah anak kelahiran Selangor ini, industri seni tempatan memberi peluang kepada dirinya untuk terus jadi orang yang positif.

“Siapa kata orang bertubuh gempal tidak boleh berfesyen, yakin dalam berpakaian atau kembangkan bakat sehingga ke negara luar?

“Saya telah membuktikan bahawa apabila kita positif dengan tindakan kita, insya’Allah perjalanan itu manis,” ujar Hans kepada Refleks!

Pandangan Tentang Fesyen

Bercakap soal fesyen, Hans amat menitik beratkan soal kualiti kerana ia memberi gambaran khusus terhadap si pemakai.

“Pakaian yang tepat membuatkan kita boleh berada di tempat yang betul dan sentiasa bersedia pada masa yang tepat serta sesuai.

“Misalnya jika mahu tampil ke hadapan dan persembahkan bakat yang ada, pakaian yang tepat dan berkualiti mampu mewujudkan aura tersendiri,” kongsinya.

Hans Awalluddin ketika di set penggambaran bagi menjayakan drama tempatan.
Hans Awalluddin ketika di set penggambaran bagi menjayakan drama tempatan.

Sepanjang bergelar anak seni, Hans telah bertemu dengan pelbagai ragam produksi dan ia membuatkan Hans bersemangat seperti biasa.

“Dalam industri seni ini ada bermacam-macam cerita. Kalau sesebuah produksi itu mengambil pelakon tanpa mengira rupa dan saiz badan, ia adalah satu khabar gembira.

“Saya bercakap kerana golongan tiada rupa namun berbakat itu memang wujud. Cukup sayang jika terlalu kejar komersil, yang berbakat dipinggirkan,” katanya. – REFLEKS!

Wujudkan Nama Anda Sebaris Dengan Influencer Lain Dalam Malaysia!

Hello, pembaca. Tahukah ada sempena pelancaran portal online Refleks.my ini, unit media Refleks.my sedang menawarkan 300 artikel untuk ditulis secara percuma.

Maka ceritakan tentang diri anda kepada unit media kami dan dapatkan temubual eksklusif daripada Ketua Editor kami secara percuma.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Berusia 16 tahun ke atas
  • Pelajar / model / pelakon / penyanyi / usahawan dan freelancer
  • Tidak pernah ditemu ramah mana-mana media

Ceritakan kisah anda, inspirasi anda.. dan yang penting, anda sedang mengorak langkah untuk lebih maju demi diri kepuasan diri anda sendiri.

Berminat? Daftar di sini : BORANG PENDAFTARAN INTERVIEW PERCUMA