Saturday, April 13, 2024

JDT teruskan rentak kemenangan tewaskan TRW

PASUKAN JDT FC meneruskan rentak kecemerlangan apabila menewaskan The Red Warriors (TRW) 5-1 dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.

Gol-gol JDT dijaringkan oleh Diogo Luís Santo pada minit ke-3, Endrick (26′), Fernando Forestieri (35′), Juan Muñiz (56′) dan Arif Aiman (82′).

Kelantan pula berjaya membolos gawang JDT yang dikawal oleh Syihan menerusi jaringan penalti oleh Leonardo Rolón pada minit ke-69.