Saturday, April 13, 2024

DD Cat kolaborasi bersama Anna Jobling perkenal Koleksi Baju Raya sedondon untuk si comel

DD Cat, jenama pakaian kucing memperkenalkan koleksi ‘Baju Raya Kucing DD Cat’ bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Pelancaran koleksi Baju Raya Kucing DD Cat yang berlangsung di Coo&RIKU Lalaport Pet Shop, Kuala Lumpur itu adalah jalinan kolaborasi DD Cat bersama artis tersohor Anna Jobling.

Kolaborasi DD Cat bersama Anna Jobling bukanlah bersandarkan populariti selebriti itu semata-mata, sebaliknya kerana sifat semula jadi Anna Jobling yang kasih, prihatin dan empati terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW.

Ini juga selari dengan fokus utama DD Cat yang ingin mengajak orang ramai menyuburkan rasa kasih terhadap kucing peliharaan mereka, sepertimana mereka menyayangi ahli keluarga sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DD CAT (@ddcathq)

“Bagi saya sendiri, saya menganggap kucing-kucing saya bukan sekadar haiwan peliharaan semata-mata tetapi mereka adalah sebahagian daripada keluarga saya”.

“Justeru, menyambut Syawal bukan sahaja saya yang mahu kelihatan cantik tetapi saya mahu kucing-kucing saya juga kelihatan cantik dan bergaya di pagi raya,” jelas Anna Jobling.

Koleksi Baju Raya Kucing DD Cat tampil dengan empat jenis fesyen iaitu Baju Melayu Simba, Kurta Muezza, Baju Kurung Bella dan Baju Kebaya Luna.

Untuk semua koleksi ini, DD Cat mengetengahkan enam nuansa warna menarik dan trending masa kini seperti Maroon, Mustard, Purple, Emerald Green, Baby Blue, dan Shocking Pink.

Koleksi DD Cat bersama Anna Jobling ini ternyata lebih unik dan bakal menjadi rebutan kerana menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi, termasuk songket bunga penuh dan seni halus batik selain menjamin keselesaan kucing kesayangan anda.

Menjangkakan sambutan jualan yang hebat, sebanyak 20,000 unit baju raya kucing telah dikeluarkan dalam pengeluaran yang pertama DD Cat. Koleksi Baju Raya Kucing DD Cat ini bakal habis terjual dalam kadar yang cepat kerana harga yang ditawarkan bermula dengan harga RM39 untuk Kurta Muezza dan harga RM49 untuk Baju Melayu Simba, Baju Kurung Bella serta Baju Kebaya Luna.

DD Cat percaya pencinta kucing di Malaysia akan dapat mencari baju raya kucing yang bertepatan dengan ciri fizikal dan personaliti kucing mereka dari koleksi yang ditawarkan.

Koleksi sulung DD Cat boleh didapati melalui pembelian dalam talian bermula 16 Mac 2023.

Maklumat lanjut mengenai produk DD Cat, ikuti @ddcathq di Instagram, Tiktok, Facebook dan Shopee. – REFLEKS

Baca ini > Lima Hidden Gem Unik Dalam Bandaraya Kuala Lumpur