Jika anda seseorang yang gemar mencari port makan unik, Gua Lepak di Batu Caves mungkin sesuatu yang menarik untuk diterokai.
Berdasarkan beberapa keping gambar yang tular dalam media sosial, destinasi menyajikan pengalaman makan-makan dalam gua.
Apabila berada dalam gua itu, pasti pengunjung akan merasai suasana dingin dan penuh misteri namun ia tetap antara perkara hebat.
📍 Gua Lepak, Jalan TIB 1/3, Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor
Destinasi merupakan satu-satunya lokasi dalam Lembah Klang yang menyediakan destinasi lepak, makan dan santai di dalam gua.
Anda Mungkin Berminat >> Aurora Borealis Boleh Dilihat Sehingga 8 Bulan Dalam Setahun
Terdapat 14 gerai kesemuanya dan lokasi ini juga lengkap dengan kemudahan wifi, kawasan letak kenderaan percuma, surau dan tandas.
Apa pandangan anda tentang destinasi di Batu Caves ini? Tinggalkan pada ruangan komen!