Monday, March 4, 2024

Proton X90 Perkenalkan Enam Pilihan Warna Yang Sungguh ‘Merecik’

SELEPAS X50 dan X70 menembusi pasaran, Proton nampaknya terus menampilkan model SUV terbaharu mereka yang diberi nama X90.

Model itu telah dipertontonkan dalam majlis pelancarannya baru-baru ini namun sebarang fotografi oleh pihak media belum dibenarkan.

Jika diperhatikan dari jauh, wajah depan X90 ini berbeza daripada versi Geely Haoyue di China atau Geely Okavango di Filipina.

Bahagian belakang Proton X90 hasil bidikan The Ajerul
Bahagian belakang Proton X90 hasil bidikan The Ajerul

Baca Artikel Berkaitan > Hyundai Palisade, SUV pilihan YDP Agong

Menurut info, enjin yang ditawarkan untuk model X90 adalah 1.5TD dan SUV ketiga Proton ini mempunyai empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.

Selain itu, terdapat sekurang-kurangnya enam pilihan warna iaitu Snow White, Jet Grey, Armour Silver, Ruby Red, Cinnamon Brown dan warna baru, Deep Marine Blue.

.
Dapatkan berita Suara Merdeka dengan pantas terus ke Whatsapp anda.
>> Klik dan sertai Suara Merdeka sebelum tinggalkan halaman ini.