Tuesday, March 5, 2024

Dunia hiburan gempar, Diana Danielle failkan penceraian terhadap Farid Kamil

Pelakon berdarah kacukan, Diana Danielle menggemparkan dunia hiburan apabila dia dikhabarkan memfailkan permohonan cerai terhadapnya suaminya Farid Kamil pada awal bulan lepas.

Farid Kamil, Diana Danille dan anak-anak

Permohonan cerai itu atas alas an tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan.

Sebutan permohonan cerai tersebut telah dibuat di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling di Subang Bestari pada pagi Isnin.

Namun ketika permohonan dibacakan Farid Kamil, 42 tahun enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan tersebut menjalani proses Jawatankuasa Pendamai dan kes akan disebut semula pada 28 Mac ini.

Pasangan ini bernikah pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad, 10 tahun dan Aurora 8 tahun.

Dalam satu hantaran terbaru pada dua hari lepas Diana memuat naik satu hantaran umum bagaikan menjelaskan perasaannya

“No longer in her sad girl era…,”

Yang kita lihat di media sosial bahagia namun sebaliknya kita tidak tahu apa yang terjadi dalam kehidupan individu.