Tuesday, March 5, 2024

Penganjur   biadap “Thai Hot Guy” nak buat persembahan dalam bulan Ramadan

APA nak jadi Malaysia hari ini dan akan datang apabila liberalism membuka pintu kepada golongan Nabi Luth untuk menapak di bumi bertuah ini.

Satu demi satu diperlihatkan kononnya atas nama liberalism maka golongan ini, sama ada anak tempatan atau dari luar, berani untuk membuat persembahan atas nama hiburan.

Memomok-momokkan agama juga dijadikan bahan oleh anak Melayu sendiri atas pentas STAND UP COMEDY.

Tentu kita semua tidak lupa perbuatan seorang wanita Melayu beragama Islam yang didakwa menghina agama di atas pentas sebuah kelab komidi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada July tahun lepas.

Dia didakwa di mahkamah. Hari ini nama Siti Nuramira Abdullah tidak lagi dibangkitkan dan kelab komedi yang menjadi pentas STAND UP COMEDY dibela dan lesen Kelab Komedi Crackhouse yang dibatalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dicabar di mahkamah.

Hari ini, satu lagi bar dikatakan bakal dijadikan lokasi persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand.

Mereka ini berpakaian dalam wanita dan dikenali sebagai “Thai Hot Guy”. Ini menggalakkan gay dan ‘adik-adik’ di negara ini jika persembahan mereka ini diluluskan.

Apa yang menariknya, persembahan “Thai Hot Guy” yang bakal diadakan di bar berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan.

Satu laporan telah dibuat berhubung persembahan “Thai Hot Guy” dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin sedia maklum dengan situasi itu.

Persembahan “Thai Hot Guy” itu giat melakukan promosi di media sosial Facebook milik bar yang menjadi pentas persembahan.

Ternyata bar yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu disiasat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Hasil siasatan awal mendapati premis itu dilesenkan atas nama Restoran Syarikat Beijing 9 Sdn Bhd.

Bagaimanapun lesen restoran syarikat itu telah tamat pada 4 Februari 2021 lalu dan tiada sebarang permohonan lesen hiburan dibuat dan tiada aktiviti hiburan berlangsung di situ.

Turut difahamkan, pihak DBKL juga dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat oleh penganjur.

Campur tangan politik untuk mencari publicity millege jelas kelihatan apabila parti PAS menggesa DBKL bertindak campur tangan dan mempertimbangkan semula kebenaran acara menampilkan pelayan lelaki dari Thailand itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpendapat, jika dibenarkan persembahan “Thai Hot Guy” ia bertentangan dengan budaya tempatan dan tidak sensitif kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Apatah lagi ia bakal diadakan pada Ramadan yang mana esok, seluruh umat Islam di Malaysia dijangka berpuasa dan malam ini, pencerapan anak bulan Ramadan akan dilakukan.

Amatlah tidak wajar dan tidak senonoh langung mempromosikan budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.

Ia berdasarkan terjemahan dari bahasa Cina kepada bahasa Inggeris yang turut disertakan, gambar aksi menjolok mata kumpulan “Thai Hot Guy” berkenaan dengan pengunjung secara terbuka. – REFLEKS