Saturday, April 13, 2024

Murid perempuan 9 tahun balik dari sekolah maut digilis treler

MALANG tidak berbau. Sesi persekolahan baharu tiga hari bermula, seorang murid perempun Tahun 3 maut digilis treler.

Kejadian berlaku di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor ketika mangsa yang berusia sembilan tahun, dalam perjalanan balik ke rumah dari sekolah.

Mangsa dikatakan membonceng motosikal dengan pengasuhnya dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, besar kemungkinan murid Tahun 1.

Kemalangan maut itu berlaku pada kira-kira pada pukul 11.25 pagi di mana sebuah treler melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun yang merupakan penunggang motosikal tersebut.

Wanita dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut. – REFLEKS