Utama Rampai Niaga Rizman Ruzaini Empire ajak buat duit raya musim terbaik jana pendapatan sehingga...

Rizman Ruzaini Empire ajak buat duit raya musim terbaik jana pendapatan sehingga lima angka

94

MASANYA untuk buat duit raya dengan cara yang mudah, semudah di hujung jari dan dari rumah sendiri sahaja. Tanpa perlu modal, tidak perlu ke sana sini, menyimpan stok atau membuat penghantaran barang kerana semua itu akan diuruskan oleh pihak Rizman Ruzaini. Anda hanya perlu menghantar senarai barangan RR yang dipesan oleh pelanggan kepada Rizman Ruzaini sahaja.

Tidak dinafikan Ramadan dan Syawal antara bulan yang menjanjikan rezeki yang lebih kepada mereka yang berusaha. Inilah bulan di mana kebanyakan masyarakat berbelanja lebih dari kebiasaan untuk memenuhi keperluan perayaan di Aidilfitri. Walaupun RR Empire sudah ditubuhkan pada hujung tahun yang lalu, namun hari ini ia diperkenalkan secara rasminya bersempena kempen koleksi RR Raya 2023.

“Dengan tagline, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, kami mahu sama-sama membantu mereka yang berhasrat untuk buat duit raya bagi menampung keperluan Aidilfitri nanti. Kami faham, ada sesetengah golongan yang tiada pekerjaan tetap, suri rumah, pelajar dan sebagainya yang mahu cari pendapatan sampingan tapi tiada modal, masa, ilmu bisnes dan sebagainya. Maka, di sini kami tawarkan anda bergelar RR Icon di bawah program Rizman Ruzaini Empire untuk sama-sama membina kejayaan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin.

- Advertisement -

Menurut Rizman, mereka juga akan dibimbing oleh ‘coach’ profesional dan turut diberikan kelas intensif secara percuma bagi berkongsi modul terbaik untuk menjual dan mempromosikan barangan dengan cara yang efektif. Pendek kata, RR Icon akan dibantu dari sekecil-kecil perkara. Apa yang diperlukan hanyalah usaha dan kemahuan daripada RR Icon itu sendiri.

Rizman Ruzaini Empire juga mempunya sistem pemantauan jualan yang efisyen dan teratur. Dari situ, setiap RR Icon boleh melihat secara jelas profit yang mereka berjaya buat untuk satu-satu masa itu. Ia bersifat jelas dan nyata. Setakat ini, mereka sudah pun mempunyai lebih 1000 RR Icon yang berdaftar. Ada antara RR Icon tersebut yang telah membuat jualan mencecah RM2 juta!

”Banyak lagi faedah yang diperolehi oleh RR Icon apabila menjadi keluarga kami, tidak terhad kepada profit semata-mata. Sebagai contoh sekiranya anda berjaya mencapai level RR Majestic, anda berpeluang untuk ditawarkan ganjaran seperti rumah, kereta dan sebagainya. Sangat rugi jika anda melepaskan peluang keemasan ini,” tambah Rizman lagi.

Malah, Rizman juga sangat yakin dengan pengaruh yang dimiliki jenama Rizman Ruzaini ini. Juallah apa jua jenis barangan, dengan kualiti terbaik yang diberikan ia dengan mudahnya mampu menawan hati pelanggan. Apatah lagi, produk Rizman Ruzaini sentiasa menjadi pilihan kebanyakan selebriti popular tanah air. Inilah kelebihan RR Icon untuk’menjual’ nama Rizman Ruzaini dengan mudahnya.

Rizman Ruzaini berharap kempen Raya RR ini akan menjadi platform permulaan yang baik untuk RR Icon memulakan langkah bersama keluarga Rizman Ruzaini. Tidak terhenti hanya di bulan Ramadan dan Syawal, tetapi berterusan sampai bila-bila. Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa perancangan yang ’solid’. – REFLEKS 

Baca ini > RR Beli dan Menang tawar hadiah Proton X50

 

 

Artikel sebelum iniVios Baharu 2023 Beri Peluang Untuk Pengguna Lebih Bergaya
Artikel seterusnyaBerminat Dengan Industri Seni, Aiyraaz Jejakkan Kaki Sebagai Pelakon