Tuesday, March 5, 2024

Berminat Dengan Industri Seni, Aiyraaz Jejakkan Kaki Sebagai Pelakon

Berbekalkan keyakinan yang kuat, Aira Maisarah Mohd Zaifulizan, tidak sesekali akan melepaskan peluang yang ada.

Biar pun baharu berusia 17 tahun, Aira Maisarah, yang juga mesra dengan panggilan Aiyraaz berasa amat bersyukur.

“Saya merupakan seorang pelajar di SMK Petaling dan bidang seni memberikan banyak pengalaman baharu.

“Minat yang mendalam dalam dunia lakonan membuatkan saya berani untuk mencabar diri,” katanya.

Siapa Idola Aiyraaz

Ketika ditanya tentang idola dalam industri lakonan, Aiyraaz menjadikan pelakon serba boleh, Liza Abdullah sebagai contoh.

“Liza Abdullah adalah nenek saudara saya. Tambahan pula, keluarga saya juga memang banyak terlibat dalam bidang ini.

“Jadi darah seni itu sememangnya sudah mengalir dalam diri dan saya seronok bergelar seorang pelakon,” katanya.

Aiyraaz berkata demikian semasa ditemui Refleks.my di Hulu Langat, Selangor.

Berpeluang Berlakon TVC

Kongsi Aiyraaz, sejak menjejakkan kaki dalam industri lakonan, dia sering mendapat peluang untuk berlakon iklan.

“Antara iklan-iklan yang pernah saya jayakan adalah seperti Perodua Raya 2023, Mitshubishi Expander dan banyak lagi.

Bagi Aiyraaz, perjalanannya sebagai anak seni memang masih jauh namun dia perlu kekal berada di landasan yang betul.

“Cita-cita saya cuma satu.. saya mahu industri seni ini memandang bakat saya dan mengenali siapa Aiyraaz,” ujarnya.

Wujudkan Nama Anda Sebaris Dengan Influencer Lain Dalam Malaysia!

Hello, pembaca. Tahukah ada sempena pelancaran portal online Refleks.my ini, unit media Refleks.my sedang menawarkan 300 artikel untuk ditulis secara percuma.

Maka ceritakan tentang diri anda kepada unit media kami dan dapatkan temubual eksklusif daripada Ketua Editor kami secara percuma.

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada lelaki dan wanita
  • Berusia 16 tahun ke atas
  • Pelajar / model / pelakon / penyanyi / usahawan dan freelancer
  • Tidak pernah ditemu ramah mana-mana media

Ceritakan kisah anda, inspirasi anda.. dan yang penting, anda sedang mengorak langkah untuk lebih maju demi diri kepuasan diri anda sendiri.

Berminat? Daftar di sini : BORANG PENDAFTARAN INTERVIEW PERCUMA