Tuesday, February 27, 2024

Bertenganlah Datin Fouziah Gous, tak perlu melenting

TAK tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Itu peribahasa Melayu yang dalam maksudnya dan ia boleh dikaitkan dengan situasi yang dialami oleh seorang artis wanita ini.

Pelakon wanita Fouziah Gous tiba-tiba jadi panas apabila melayan netizen yang mempersoalkan penggunaan tittle Datuk dalam kalangan artis dan pasangan masing-masing.

Sebenarnya Fouziah jika bijak, tidak perlu melayan netizen yang kadangkala, lebih kuah daripada sudu serta bersifat seolah-olah serba tau, luar dan dalam kehidupan orang lain.

Mungkin atas sebab sayangkan suami, Fouziah tampil dengan kenyataan, gelaran Datuk yang dipakai oleh suaminya adalah sejak dari tahun 2016.

Bukan baru semalam suaminya bergelar Datuk! Baiklah Datin, kita terima pencerahan dan semua faham.

Fouziah tidak perlulah rasa tidak puas hati dengan kata-kata daripada netizen tentang penggunaan gelaran ‘Datuk palsu’.

Umpama, kalau tak makan cili, tak perlu rasa pedas dan kalau ada surat rasmi dari dalam istana, itu sebagai bukti gelaran Datuk yang dikurniakan bukan palsu.

“Suami saya, Datuk Zhafran Yusof menerima gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan dari Istana Pahang pada tahun 2016.

“Suami saya hadir ke pertabalan pada hujung tahun 2017,” jelas Fouziah.

Eloklah kalau Fouziah tidak bercakap lebih tentang isu ini kerana beliau sendiri sedar, orang sekarang katanya suka manipulasi. – REFLEKS