Tuesday, March 5, 2024

Farid cuba memujuk isterinya, Diana pula tepis pelukan

Farid Kamil dan Diana Danielle hadir ke mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi untuk pelantikan wakil dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan konflik rumah tangga selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid Kamil dan Diana Danille hadir ke mahkamah syariah

Farid juga dilihat membawa sejambak bunga dan cincin untuk memujuk hati Diana bagi menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.

Berlaku sedikit kekecohan ketika Farid sedang memujuk Diana di luar dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dilihat cuba menjelaskan sesuatu sambil disaksikan peguam kedua-dua pihak, namun ketika Farid cuba memeluknya, Diana menepis dan beredar.

Walaubagaimanapun prosiding mereka dikatakan gagal, Farid pula mendakwa bahawa isterinya itu mempunyai hubungan dengan orang ketiga.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah sudah memberi petunjuk dan hidayah. Saya juga sudah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak munasabah tapi hari ini saya dapati ada pihak ketiga yang menyokong dia dari belakang.

“Saya kalau boleh nak tegakkan undang-undang Islam dan hak sebagai seorang suami, yang mana rumah tangga diganggu. Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami. Dan bila kita menuntut jawapan daripada dia mengenai perkara itu, perpisahan yang diminta.” Katanya pada pihak media.

Bagaimanapun dari kenyataan Diana, menepis tindakan suaminya Farid Kamil yang dilihat seolah-olah cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka disifatkan untuk kepentingan diri demi menjaga air mukanya.

“Dia bukan cuba nak menyelamatkan rumah tangga, dia cuma nak menyelamatkan muka dia sahaja”. Katanya pada media selepas selesai proses lantikan wakil Jawantankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Petaling.

Diana juga menjawab tunduhan dari Farid bahawa dia berlaku curang di belakang suaminya itu adalah fitnah!

“Itu fitnah, kalau betul saya curang, Kenapa perlu bawa bunga hari ini?”

Dalam pada yang sama, Diana juga selar tindakan Farid yang membeli sebentuk cincin dan bunga untuk memujuk hati isterinya itu adalah sia-sia dan hanya membiarkan barangan tersebut dia atas kerusi, dia tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan perceraian tersebut.

“Cincin yang dia nak bagi tadi tu dia dah hilangkan selama lapan tahun baru hari ini dia nak belikan balik cincin perkawinan kami selepas lapan tahun, kalau betul saya ada orang ketiga kenapa dia nak belikan cincin kawin saya.”Katanya pada media.

Dalam masa yang sama Diana juga mendedahkan anak perempuanya bernama Aurora trauma. Trauma berkenaan apa? Diana tidak mahu mengulas lebih lanjut dan terus menuju ke kereta.

Sebelum ini Farid pernah meluahkan kerinduan kepada 2 anaknya kerana sudah lebih 23 hari tidak bertemu namun Diana tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah atas alasan Diana yang membayar sewa rumah tersebut.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Untuk rekod pasangan ini berkawin pada tahun 2012 dan dikurniakan 2 orang anak bernama, Muhammad, 10 tahun dan Aurora, 8 tahun.

Artikle berkaitan :>

https://refleks.my/farid-kamil-seperguruan-dengan-syamsul-yusof-gantung-tak-bertali-isteri/

https://refleks.my/dunia-hiburan-gempar-diana-danielle-failkan-penceraian-terhadap-farid-kamil/