Saturday, April 13, 2024

Farid Kamil sudah mula merapu?

MULANYA tu aktor Farid Kamil, 42,  mahu menggantung tak bertali isterinya, aktres Diana Daniella, 32, yang menuntut cerai.

Farid beriya-iya enggan melepaskan Diana sebaliknya cuba membeli jiwa wanita yang telah tawar hati itu dengan sejambak bunga.

Tidak cukup dengan jambangan bunga, Farid juga membeli sebentuk cincin untuk menggantikan cincin perkahwinan yang didakwa oleh Diana, telah hilang beberapa tahun yang lalu.

Apabila hadiah-hadiah pada tanggapan Farid itu adalah pemberian yang romantis dan mampu untuk mencairkan hati Diana Daniella, ternyata dia gagal!

Umpama masuk angin keluar asap, hari ini Farid mendakwa kononnya dia mempunyai bukti yang memaparkan kecurangan Diana Daniella.

Curang dengan siapakah? Satu persoalan yang menarik kerana selama ini, tidak timbul kata-kata Diana curang dengan jantan lain.

Farid mendakwa bukti yang ada di tangannya itu akan dikemukakan di Mahkamah apabila kes tuntutan cerai didengar.

Jika selama ini masalah dalam rumahtangga yang dibina berpunca daripada kehadiran orang ketiga, mengapa tidak secara gentlemen, Farid berjumpa dengan individu  berkenaan dan slow talk JANGAN GANGGU BINI AKU, BRO!

Situasi itu tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan dan apabila Diana menuntut cerai, baharulah dibangkitkan perkara orang ketiga yang mengganggu rumah tangga.

Kalau berjumpa secara empat mata dan tanya dari hati ke hati kepada orang ketiga itu, jawapan yang diberikan bolehlah disusuli dengan tindakan.

Alasan Diana Daniella menuntut cerai ialah konflik lama dan alasan Farid enggan melepaskan Diana, kehadiran orang ketiga yang membuat perangai wanita itu berubah.

Pernahkah Farid terfikir, mungkin sikapnya sendiri yang pernah masuk penjara membuatkan hati seorang isteri itu berubah?

Perangai yang sepatutnya bagus sebagai pemimpin dalam keluarga, tidak dilunaskan oleh Farid sebagai seorang suami dan ayah. Mungkinkah?

Ia sekadar persoalan kerana dalam hal perceraian, jangan mudah menuduh isteri curang atau nusyuz.

Yang mana satu betul? Tunggu apabila pasangan ini masuk ke Mahkamah Syariah sekali lagi.

Farid dan Diana hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari di sini semalam bagi melantik jawatankuasa rekonsiliasi bagi menyelesaikan masalah perkahwinan mereka.

Diana memfailkan perceraian di mahkamah pada 10 Mac lalu dengan alasan perbezaan yang tidak dapat dipertikaikan dan “shiqaq” (konflik lama) – REFLEKS