Monday, December 4, 2023

Farid Kamil “hilang akal” suruh buang bin, binti pada nama anak-anak!

MACAM mana teruk sekalipun pergaduhan antara suami-isteri, adalah satu tindakan yang tak masuk dek akal kalau nama anak-anak disuruh gugurkan daripada bin dan binti ayah kandung.

Pendedahan terkini Diana Daniella tentang sikap Farid Kamil amat mengejukan dan dalam erti kata lain, “orang gila” yang akan membuat tindakan menyuruh isteri membuat permohonan supaya bin dan binti Farid pada nama anak-anak, digugurkan.

Amat menyedihkan dengan keadaan yang melanda pasangan selebriti ini yang mana rumah tangga mereka umpama telor di hujung tanduk.

Retak menanti belah, Diana telah memohon tuntutan cerai daripada Farid. Bukannya memohon agar nama Farid digugurkan pada nama anak-anak.

Bagi Farid mahupun Diana, macam mana benci sekalipun antara anda berdua, kenapa anak-anak yang tidak berdosa, menjadi mangsa?

Akal letak mana, Farid kalau benar meminta Diana melakukan permohonan menggugurkan bin dan binti ke atas anak-anak hasil perkahwinan mereka selama ini?

Apakah Farid mahu mengatakan bahawa anak-anak ini, statusnya meragukan kerana kalau ya, dari awal lagilah anak-anak di bin dan di bintikan Abdullah.

Farid harus sedar, anak-anak dari darah dagingnya sendiri adalah warisnya dan apabila anak perempuan itu mahu menikah, bapa kandunglah yang menjadi wali.

Melainkan masa anak itu mahu menikah, bapa kandung sudah mati!

Perbalahan rumah tangga jangan disiarkan dalam media sosial kerana pasti ramai yang akan baca dan pick up.

Apabila terdedah kepada khalayak, ia bukan soal membuka aib tetapi perkongsian sebegini tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pihak.

Isu petik cili api menjadi bahan penulisan, ditengking kerana sikap panas baran Farid, juga menjadi bahan penulisan.

Sekarang ini, antara Diana dan Farid, apakah perbezaan di antara mereka kalau kedua-duanya bersikap sama sahaja!

Permohonan perceraian telahpun dibuat di mahkamah dan mahkamah juga telah berikan tarih.

Seeloknya hentikan menulis di media sosial peribadi masing-masing dan tunggu naik mahkamah. Panjat tanggah mahkamah syariah dan berpisahlah secara elok.

Seperkara lagi, hidup suami isteri ini adalah satu perkongsian, bukan? Kalau semasa waktu manis, kentut pun bau wangi.

Apabila berantakan, sampai ke bab duit, aku keluar duit, kau buat derk, aku yang bayar, kau buat-buat lupa, semua benda dalam kain diselak!

Ramai pasangan yang bercerai kerana jodoh tak panjang. Cuba tengok pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak…. Tidak ada siapapun tahu yang mereka ada masalah rumahtangga. Tahu-tahu, bercerai dan Vanidah dah berkahwin dengan orang lain.

Sama juga dengan Afdlin Shauki yang tahu-tahu, bercerai dengan Christina Orrow! Senyap aje, tak ada kecoh-kecoh.

Kasihanilah anak-anak yang akan membesar dan menerima kesan sampingan atas perilaku si ibu dan ayah. – REFLEKS