Tuesday, March 5, 2024

Penyanyi Rahim Maarof koma?

SEMALAM ada yang menyampaikan khabar umpama radio buruk, penyanyi Rahim Maarof koma dan berada di hospital.

Menurut laporan radio buruk, Rahim baharu jalani pembedahan pada hari Jumaat, baru-baru ini dan mengalami tekanan darah tinggi.

Itu sahaja maklumat yang disalurkan oleh radio buruk dan maklumat selanjutnya, memang tiada.

Bahkan ada yang mengatakan, maklumat yang teramat ringkas itu disampaikan oleh keluarga Rahim.

Hari ini, di media sosial Facebook, tercatat rasa tidak puas hati ‘keluarga’ Rahim dengan paparan keadaan kesihatan penyanyi legenda itu.

Menurut ‘keluarga’ Rahim, maklumat yang ditulis itu tidak tepat.

Kalau tak tepat, sipi-sipi, kenapa tak disalurkan maklumat yang lebih tepat kepada pihak pengamal media?

Itu lebih elok daripada menghentam penulis yang tidak mempunyai niat buruk apabila menulis tentang keadaan Rahim.

Kena faham apabila seseorang artis itu dikhabarkan dengan khabaran kesihatan yang tidak memuaskan, nawaitu hanya satu – mohon doa orang ramai agar kesihatan pulih seperti sedia kala.

Kalau itupun salah, tidak boleh diterima, susahlah nak cakap!

Terkini, Rahim dikhabarkan sudah sedar dari koma. Alhamdulillah. – REFLEKS