Gempa bumi malam tadi di Utara Sumatera

0
66
GAMBAR TANGKAP LAYAR METMalaysia

DI media sosial malam tadi ramai yang bertanya, ada rasa bergegar tak? Sekitar pukul 10.59 kiranya lagi seminit nak masuk pukul 11, gempa bumi kuat berlaku di Utara Sumatera, Indonesia.

Menurut METMalaysia, koordinat gempa ialah pada 0.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur dengan magnitud 6.2 pada skala richter.

Kalau ikut jarak, dalam 84 kilometer Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

“Ish tak ada pula rasa bergegar ke apa-apa kat sekitar kawasan Kajang, Selangor. Tak tau la kalau kat tempat-tempat lain,” getus dalam hati.

Gempa yang berlaku itu, menurut METMalaysia lagi, kedalaman 86 kilometer dan bersyukur kerana tiada ancaman tsunami kepada negara kita yang berjiran dengan Indonesia.

Bagaimanapun gegaran mungkin dirasai oleh penduduk di sesetengah daerah di Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kalau kawasan Kajang tidak rasa apa-apa gegaran, mungkin kawasan atau daerah-daerah lain dalam Negeri Selangor, merasai gegaran – REFLEKS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here