Monday, March 4, 2024

Tuan Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif MDEC

AGENSI peneraju ekonomi digital negara, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), hari ini mengumumkan Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif yang baharu, berkuatkuasa pada 1 April 2023 lalu.

Beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan Ledang, Johor sejak 2018. Tuan Syed Ibrahim adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA), University of Wisconsin dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), St. Louis University, Amerika Syarikat dari tahun 1982 hingga 1988.

Tuan Syed Ibrahim berpengalaman luas dalam bidang telekomunikasi selama 25 tahun di Telekom Malaysia Berhad dari tahun 1989 hingga 2014.

Beliau juga mempunyai pengalaman termasuk dalam bidang pengurusan perhubungan pelanggan, pengurusan projek, pemasaran dan jualan perdagangan, segmentasi dan analisis serta pengurusan teknologi maklumat dan sistem. Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengurus Besar.

Beliau turut berpengalaman menerajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebuah badan amanah di bawah YAB Perdana Menteri sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah selama setahun. – REFLEKS

Baca ini > MDEC lancar Cabaran Pencipta Kandungan Digital 2023