Tuesday, March 5, 2024

Rizman Ruzaini raikan pelanggan Celcom hadiahkan baucar diskaun ‘shopping’ Raya

‘Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ kini dimeriahkan lagi dengan kolaborasi jenama terkenal itu bersama syarikat telekomunikasi mudah alih gergasi tertua di Malaysia, Celcom.

Julung kalinya kerjasama ini dijallinkan sebagai tanda penghargaan mereka kepada pelanggan yang selama ini menyokong Rizman Ruzaini yang turut melanggan perkhidmatan jalur lebar itu.

Baucar bernilai RM50 diberikan kepada semua pelanggan Celcom yang berdaftar untuk mereka membeli barangan daripada koleksi RR Raya 2023.

Pembelian boleh dibuat menerusi laman sesawang rasmi Rizman Ruzaini iaitu www.rizmanruzaini.my. Pelanggan hanya perlu memasukkan kod khas iaitu RAYARRXCELCOM untuk membolehkan mereka menikmati diskaun berkenaan.

Selain daripada pembelian secara online, pelanggan juga boleh membeli secara terus di tiga RR Pop Up Booth yang terletak di Central I-City, Shah Alam, Fahrenheit88, Kuala Lumpur dan Komtar JBCC, Johor Bahru. Mereka hanya perlu menunjukkan bukti kod baucar tersebut menerusi aplikasi Celcom daripada telefon bimbit mereka. Tawaran ini berlangsung dari 4 hingga 21 April 2023.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin, “Kami sentiasa membuka pintu untuk sebarang jalinan kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat yang melihat jenama kami sebagai satu label berkualiti dan dipercayai dan Celcom antara syarikat gergasi yang memilih Rizman Ruzaini untuk jalinan kerjasama sempena Aidilfitri ini.

Syawal kali ini, kita mahu meraikan lebih ramai pelanggan kami dengan pelbagai tawaran menarik seperti pemberian diskaun. Kami mahu melihat lebih ramai rakyat Malaysia menggayakan koleksi Rizman Ruzaini di Hari Raya nanti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menebus baucar yang kami hadiahkan ini.”

Baucar ini boleh dilakukan dengan pembelian minimum RM299 dan ke atas dalam satu resit. – REFLEKS

Baca ini > Menampilkan 10 selebriti dalam rekaan Baju Kurung Raya 2023 Rizman Ruzaini