Saturday, April 13, 2024

Budak umur lima tahun dibelikan kereta mewah

ANAK sekecil lima tahun usianya tidak akan tahu atau faham mahupun mampu menilai kereta mewah yang mahal harganya.

Atas dasar apakah mahu membelikan anak sekecil itu sebuah kereta berjenama mewah melainkan terbitnya riak dalam diri si pembeli.

Memang sayang anak, dimanja-manjakan tetapi tidaklah sampai ke tahap anak itu menjadi besar kepala.

Membeli hadiah yang terlalu mewah atas alasan nak pujuk anak agar pergi sekolah (sekolah tadika ajenya) adalah satu kaedah atau pendekatan salah ibu bapa atau parenting.

Sekaya mana atau semewah manapun pendapatan ibu atau bapa, tidak perlulah menunjuk-nunjuk kepada khalayak.

Kekayaan yang diperolehi itu juga tidak perlulah dipaparkan dalam media sosial melainkan untuk menarik perhatian masyarakat ataupun strategi pemasaran perniagaan yang diusahakan.

Entah dimanakah letaknya akal pengasas produk kosmetik Farhana Zahra yang dengan bangganya, berkongsi detik-detik pemberian kereta tersebut melalui video di Tiktok sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Nur Fatima Az Zahra.

Sebagai seorang ibu, tidak perlulah mendidik anak berbesar hati dan bermewah-mewahan walaupun tahu anak itu ada masalah ke sekolah.

Apa salahnya jika tegas dengan sikecil dan ajar di sebalik kemewahan supaya anak itu membesar kelak dengan lebih menghargai sebuah kehidupan.

Biar apapun alasan si anak kecil yang enggan ke sekolah, perlukah memujuknya dengan membelikan sebuah kereta berjenama dan mahal harganya?

Dalam usia lima tahun, anak Farhana bercita-cita mahu menjadi seorang doktor, dakwanya tetapi dalam usia itu, enggan ke sekolah. Kontrdiksi sungguh kes ibu dan anak ini.

Cubalah belajar jadi ibu bapa yang lebih berIQ dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya luar. – REFLEKS