Tuesday, February 27, 2024

Main mercun selepas pukul 12 malam didenda

TIDAK salah kalau anak-anak mahu bermain bunga api dan mercun tetapi biarlah ada sifat bertimbang rasa dan toleransi.

Malam kelmarin, hampir pukul 12 tengah malam, waktu tu mat akita pasti sudah lali-lali dan hampir terlena, tiba-tiba terkejut dengan bunyi dentuman mercun.

Alamak! Anak-anak jiran bermain mercun hampir tengah-tengah malam sedangkan jiran tetangga semua pasti ada yang dah nak tidur.

Nak ditegur rasa serba tak kena kerana menjaga hati jiran yang anak-anaknya sedang seronok bermain bunga api dan mercun di kawasan taman perumahan.

Inilah yang dikatakan, diluah mati emak, ditelan mati bapa. Kita yang nak tidur, terjaga-jaga gara-gara bunyi dentuman mercun.

Ada juga jenis-jenis bunga api yang mengeluarkan bunyi letupan apabila dimainkan.

Mengganggu ketenteraman awam disebabkan bunyi mercun selepas pukul 12 tengah malam adalah satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM100.

Ya ada akta yang tidak membenarkan mercun dan bunga api dimainkan selepas pukul 12 tengah malam.

Kalau degil, tunggu kereta peronda dengan lampu berwarna biru akan berhenti di hadapan rumah anda!

Syarat yang dibenarkan untuk bermain mercun hendaklah di padang. Kalau di hadapan rumah masing-masing, main ajelah bunga api yang tak bising.

Kalau selepas waktu tarawih, boleh aje main bunga api dan tidak perlulah bunyi letupan bunga api sehingga ke pukul 1 atau 2 pagi.

Jadilah jiran yang berhemah, jagalah adat berjiran dalam hari-hari terakhir Ramadan sebelum menjelangnya 1 Syawal.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. – REFLEKS