Monday, March 4, 2024

Hati-hati jangan terbeli 4 jenis ubat batuk sirap kanak-kanak yang tercemar

IBU BAPA dinasihatkan agar berhati-hati apabila membeli ubat batuk kanak-kanak di farmasi kerana khabarnya, ada ubat batuk untuk kanak-kanak yang tercemar atau contaminated.

Ubat batuk kanak-kanak yang tidak dinyatakan dengan jelas jenisnya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu dikatakan dihasilkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di India.

Perkara ini perlu diambil perhatian oleh ibu bapa untuk mengelakkan daripada terbeli ubat batuk kanak-kanak yang tercemar.

Setakat ini, kerajaan Gambia yang mengambil pendekatan serius tentang ubat batuk kanak-kanak yang membawa maut.

Dikatakan, kanak-kanak yang minum ubat batuk ini akan mengalami masalah pada organ dalaman iaitu kidney.

Kidney yang rosak menjadi punca kepada 66 orang kanak-kanak malang di Gambia yang meninggal dunia.

Turut difahamkan juga oleh WHO, mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan angka kematian dicatat sejak Julai 2022 tahun ini.

Langkah yang perlu diambil ialah mengeluarkan produk ubat batuk itu daripada pasaran supaya ibu bapa tidak tersilap membeli ubat batuk kanak-kanak yang tercemar itu.

Maklumat yang diketahui, ubat batuk kanak-kanak itu dikeluarkan oleh syarikat Maiden Pharma, India.

Kandungan yang terdapat di dalam ubat batuk itu ialah diatilena gliko dan etilena gliko yang mana ia boleh mengakibatkan toksik dalam badan.

Itulah campuran yang terdapat dalam empat jenis ubat batuk sirap yang dipasarkan oleh syarikat pengeluaran ubat-ubatan yang berkenaan.

Ubat-ubatan keluaran Maiden Pharmaceuticals itu dieksport untuk pasaran Amerika Latin, negara-negara rantau Asia dan Afrika. – REFLEKS