Saturday, April 13, 2024

Ajinomoto pelawa orang ramai melawat kilang baharu pintar dan mesra alam

KILANG baharu Ajinomoto (M) Berhad (AMB) di Bandar Enstek Halal Hub kini dibuka untuk lawatan orang ramai.

Kilang pintar dan mesra alam ini merupakan Bangunan Hijau yang disahkan secara rasmi dengan penarafan ‘PERAK’ Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pendigitalan digabungkan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Kilang ini juga direka untuk menyediakan pekerja dengan persekitaran yang kondusif dan mesra kerja termasuk dilengkapi fasiliti rekreasi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti lawatan galeri dan koridor pengeluaran, demonstrasi masakan dan sesi hidangan ringkas. Pengunjung turut menerima cenderahati menarik dan pelbagai sampel produk selepas lawatan tersebut. Lawatan ini juga adalah PERCUMA!

Anda boleh melawat kilang baharu AMB antara pukul 9 pagi hingga 4 petang, dari Isnin hingga Jumaat. Dapatkan maklumat lanjut mengenai lawatan kilang dan daftar hari ini di laman web Ajinomoto Malaysia. REFLEKS!