Tuesday, March 5, 2024

Global Reskilling Movement memperkuat individu-individu global dengan peluang pendidikan

INDIVIDU yang ingin meningkatkan kemahiran atau memperbaiki kehidupan mereka boleh menarik nafas lega apabila Global Reskilling Movement (GRM) tampil dengan satu kaedah yang cukup luar biasa.

GRM yang merujuk kepada gerakan naik taraf kemahiran global adalah satu usaha ReSkills EdTech Sdn Bhd dalam menyampaikan ilmu yang boleh diakses dengan mudah di mana-mana sahaja.

Kata ReSkills, dengan sumbangan daripada penaja yang bermurah hati di seluruh dunia, pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan kemahiran atau mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka mampu berbuat demikian kerana agenda GRM membolehkan mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik dalam dunia.

Kaedahnya cukup mudah iaitu orang ramai yang berminat untuk memberikan bantuan pendidikan hanya perlu lawati laman web GRM di https://grm.today untuk melihat pilihan yang ada.

Melalui program ini, individu yang ingin memperoleh pengetahuan dan kemahiran tersebut dapat mencapainya. Hal ini akan meningkatkan daya saing individu tersebut dalam mencari peluang kerja. – REFLEKS!