Monday, March 4, 2024

Siapkan Formula Kreatif, MC Alib Beraksi Semula Di Pentas Pengacaraan

Jika ditanya tentang penggiat bidang pengacaraan dalam Lembah Klang, nama MC Alib pasti termasuk dalam senarai sejak 2010 sehingga kini.

Cuma ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, MC Alib turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa dan kini berjaya pulih sepenuhnya.

Mengakhiri detik suram itu, MC Alib kembali beraksi semula di pentas pengacaraan sebagai terapi dan pembakar semangat.

MC Alib tidak putus semangat
MC Alib tidak putus semangat

“Melihat orang ramai seronok ketika saya menjadi pengacara majlis, ia berikan saya satu kepuasan yang tak terhingga.

“Apatah lagi apabila pihak penganjur memberi maklum balas berpuas hati, bagi saya itu suatu rahmah daripada Allah SWT,” katanya.

Ujar MC Alib kepada Refleks, dia tidak menyangka meskipun berdiam diri dalam tempoh pemulihan, ramai penganjur cuba untuk mencarinya.

MC Alib apabila orang ramai seronok layan celotehnya.
MC Alib apabila orang ramai seronok layan celotehnya.

“Saya tak hilang, masih ada di sini, tetapi kalau ditanya ketika Covid-19 melanda, diakui banyak perkara hilang dan terjejas.

“Namun buku lama sudah saya tutup dan bagi tahun 2023, saya sebenarnya sudah mula beraksi semula di pentas pengacaraan,” katanya.

Sehubungan itu jika terdapat pihak penganjur merindui untuk mendapatkan semula khidmat MC Alib sebagai #DoktorEmceeAnda, boleh hubungi talian 013-2482760.