Tuesday, March 5, 2024

MOTAC rasmi pembukaan outlet baharu Karyaneka di Muzium Negara

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia dan anak syarikatnya iaitu Syarikat Pemsaran Karyaneka Sdn. Bhd. (Karyaneka) telah mengadakan majlis perasmian pembukaan outlet baharu Karyaneka di Muzium Negara

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Hajah Saraya binti Arbipada hari ini.

Turut hadir Yang Berusaha Puan ‘Ainu Sham binti Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia dan Yang Berbahagia Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia serta Puan Nooraidi binti Hamzah, Pengurus Kewangan dan Pentadbiran mewakili Pengurus Besar Karyaneka.

Karyaneka ditubuhkan pada tahun 1982 yang berperanan memasar dan mempromosikan produk kraf tempatan, kini Karyaneka berjaya membuka 10 outlet termasuk di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Kompleks Kraf Langkawi, Kompleks Kraf Melaka, Kompleks Kraf Johor, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) Jalan Ampang, Dataran Putrajaya, Lobi Parlimen, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan kini menambah outlet terbaharunya di Muzium Negara.

Sempena dengan pembukaan outlet baharu ini, Karyaneka memberikan diskaun 10% bagi setiap pembelian produk kraf dan produk mangkuk tingkat (tiffin) PERCUMA untuk setiap pembelian sekurang-kurangnya RM250.

Karyaneka menawarkan produk kraf yang autentik dan beridentiti Malaysia bagi segmen produk cenderamata, hiasan dalaman, perhiasan diri, fesyen dan tekstil serta hiasan laman dan taman.

Selain daripada outlet fizikal, pembelian secara dalam talian juga boleh didapati di www.karyaneka.com.my. Karyaneka turut menyediakan perkhidmatan tempahan produk cenderamatakepada badan-badan korporat, swastadan agensi kerajaan secara bersemuka.

MOTAC berharap dengan pembukaan outlet baharu Karyaneka di Muzium Negara, kepelbagaian produk kraf tempatan dapat ditawarkan kepada pelancong dalam dan luar negara. – REFLEKS!

Baca ini > Kraftangan Malaysia semarakkan kempen ‘Ini Batik Malaysia’ di Parlimen