Tuesday, February 27, 2024

Mat London meninggal dunia

SEMALAM agak kecoh sedikit apabila Raja Gelek yang tiada tolok bandingnya, Datuk M Daud Kilau dikatakan telah menghadap Ilahi tetapi ia sekadar tularan palsu di media sosial.

Mujur pihak yang berkongsi info tersebut menyedari berita itu tidak benar dan Datuk M Datuk Kilau masih sihat walaupun dimamah usia.

Pagi ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Mat London ke rahmatullah.

Berita mendukacitakan itu dikongsi di Facebook oleh menantu beliau, Irene Halimi.

Menurut catatan ringkas Irene, Allahyarham bapa mertuanya, 74, menghembuskan nafas terakhir sesudah azan Subuh.

Entri Irene pada pukul 5.57 pagi ini.

Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Al-Mardiah, Taman Melawati dan akan disolatkan dan di masjid tersebut.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate dan dijangka selepas solat Jumaat.

Allahyarham sepanjang hayatnya merupakan seorang pelakon dan pengarah. Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden FDAM.

Sementara itu, penyanyi Baggio Damasutra turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham di Facebook.

“AlFatihah dan takziah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman… Terakhir bertemu dengan beliau, rumah terbuka raya Aidilfitri dan pelancaran sebuah filem yang lepas.

“Abang Mat seorang yang baik dan pernah saya berlakon di bawah arahan beliau… Jasa mu di kenang.” – REFLEKS