Saturday, April 13, 2024

Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Harlina timang anak ketujuh

KEGEMBIRAAN keluarga angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar  dan isteri, Dr Harlina menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar di media sosial untuk tatapan para pengikut beliau.

Dr. Sheikh Muszaphar kini dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata termasuk bayi lelaki yang baru berusia dua hari, Sheikh Muhammad.

Ramai yang seronok melihat video-video yang dimuat naik oleh Dr Sheikh Muszaphar berkaitan dengan anak-anaknya.

Dan hari ini, enam orang anaknya sangat teruja dengan kehadiran adik ‘bongsu’ mereka.

Dr. Sheikh Muszaphar tidak lokek berkongsi info mengenai anak-anaknya. Yang sulung berusia 12 tahun, Sophea Isabella, nombor dua, 10 iaitu Sophea Natasha.

Dua anak kembar ialah sheikh Adam dan Sheikh Noah berusia 6 tahun, dua lagi pasangan kembar iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia, dua tahun.

Kata Dr Sheikh Muszaphar, semua anak-anak teruja menerima kehadiran bayi dalam keluarga.

“Mereka nak cium dan nak peluk, seronok pula,” catat Dr. Sheikh Muszaphar menerusi Dr Sheikh Muszaphar FanClub yang turut dikongsi di Facebook. – REFLEKS