Wednesday, April 17, 2024

NREA KE-15 iktiraf kecemerlangan industri hartanah Malaysia

ANUGERAH Hartanah Negara (NREA) ke-15 yang dianjurkan oleh Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) telah menyaksikan perkembangan luar biasa dalam pengiktirafan dan prestij dalam bidang hartanah.

NREA telah melihat perubahan besar selama ini dan kini merupakan anugerah kebangsaan yang paling dinanti-nantikan untuk menyambut pencapaian cemerlang dalam industri hartanah. Seramai 70 pemenang anugerah diraikan untuk sumbangan mereka yang luar biasa dalam industri hartanah dan 12 ehen hartanah telah dianugerahkan dengan MIEA Million Dollar Achievers (MMDA) yang sangat dihormati.

Pengerusi Baharu MIEA Tan Kian Aun menekankan bahawa ejen dan perunding hartanah memainkan peranan mereka dalam perkembangan industri hartanah negara.

Pengerusi MIEA, Tan Kian Aun berkata, “Perkembangan berterusan NREA melambangkan  kepentingan dan pengaruhnya yang semakin megembang dalam sektor harta tanah Malaysia. Ini berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan usaha luar biasa ejen negara, mengiktiraf dedikasi teguh mereka dan membukitikan kepentingan peranan mereka dalam perkembangan industri hartanah negara. Angugerah ini juga mewakili komitmen, profesionalisme, dan usaha cemerlang yang ditunjuki oleh ejen hartanah kami bagi industry hartanah.”

NREA adalah bukti daya tahan pasaran hartanah Malaysia, walaupun dalam masa yang mencabar. Di sebalik cabaran ini, ejen hartanah Malaysia telah menunjukkan keazaman dan kebolehsuaian dalam menawarkan berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan profesionalisme secara konsisten.

Anugerah tahun ini lebih bermakna dengan pengiktirafan veteran hartanah, Dr. Ernest Cheong, dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Lifetime Achievement Award) atas sumbangan beliau kepada industri dan penubuhan MIEA.

Anugerah tahun ini lebih bermakna dengan pengiktirafan Pengerusi Piagam MIEA dan ahli pengasasnya, Dr. Ernest Cheong Yong Yin, dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (Lifetime Achievement Award). Cheong yang telah memainkan peranan penting dalam penubuhan MIEA pada tahun 1974 dan telah membina asas yang kukuk dalam perkembangan industri hartanah pada ketika itu untuk memenuhi keperluan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia.

Antara pemenang yang menonjol tahun ini adalah Wong Yau Long, Pengarah Urusan Cornerstone Xstate Sdn Bhd yang dinamakan penerima Anugerah Ejen Hartanah Terbaik 2023 (Real Estate Agent of the Year). Dengan kerjaya yang mengagumkan sejak 2005, Wong telah menunjukkan komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada industri hartanah. Pencapaian luar biasa Wong sepanjang kerjayanya menjadi contoh cemerlang bagi standard yang tinggi dalam kalangan profesional hartanah.

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Hartanah Negara 2023 ke-15.

Mantan Pengerusi, Puan Chan Ai Cheng telah menunjukkan bahawa wanita memainkan peranan besar dalam bidang hartanah. Anugerah Perunding Hartanah Kebangsaan terbaik (Real Estate Negotiator of the Year) disandang oleh seorang wanita turut membuktikan peranan penting golongan wanita dalam industri hartanah.

CEO MIEA, K. Soma Sundram yang menzahirkan anugerah NREA ini 15 tahun yang lalu turut berkata “NREA bukan sahaja simbol pencapaian tetapi simbol profesionalisme dan dedikasi kepada orang ramai. NREA akan terus menjadi mercu inspirasi selain memberi motivasi kepada ejen dan perunding hartanah untuk memberi perkhidmatan dengan penuh semangat, tekun dan integriti. MIEA kekal komited untuk memupuk perkembangan, membina budaya profesionalisme dan mengiktirafan pencapaian cemerlang dalam kalangan ejen hartanah.”

Beliau juga menambah bahawa “NREA telah melangkah jauh dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi kepercayaan kepadanya.” – REFLEKS!

Baca ini > Kumpulan Emkay lancar galeri jualan SOHO terbaharu, TheVybe@Techzone