Monday, December 4, 2023

Muka Kim Kardashian hampir buruk gara-gara tumor

SEBUT nama KARDASHIAN, rasanya satu dunia kenal keluarga yang sangat popular di Amerika Syarikat ini kerana masing-masing mencipta nama sebagai selebriti dan model.

Daripada Kim Kardashian yang popular sebagai model, seksi, kahwin-cerai, adiknya Khloe juga tidak kurang popularnya.

Baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya, kenapa muka Khloe berbalut? Apa sudah jadi kepada wajah MILLION DOLLAR itu?

Bingit dihujani dengan pelbagai soalan, Khloe, 38 mendedahkan balutan di mukanya itu kerana dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di wajahnya.

Memetik laporan New York Post, kata Khloe, ramai yang bertanya mengapa ada perbezaan di mukanya sejak akhir-akhir ini.

Sebelum menjalani pembedahan, Khloe berkata, dia menyedari ada sesuatu yang tak kena dengan wajahnya apabila ada satu benjol kecil tumbuh di muka.

Pada mulanya, kata ibu muda itu, dia fikir ia hanyalah benjol biasa sahaja tetapi selepas melakukan ujian biopsi, doktor mengesahkan ia bukan benjolan biasa.

Oleh itu, ibu kepada True Thompson ini berkata, benjolan kecil yang tumbuh di wajahnya itu harus dibuang segera selepas dua pakar dermatologi mengesahkan ia adalah tumor.

Kata Khloe, dua orang doktor mengesahkan kes ketumbuhan di wajahnya itu sangat jarang berlaku bagi seseorang lingkungan usianya.

Khloe bersyukur dapat mengesan masalah tumor dari awal dan dia kini dalam proses untuk sembuh.

Pesanan Khloe kepada pengikutnya di Instagram beliau, sentiasalah pantau tahap kesihatan dan rajin-rajinlah buat pemeriksaan kesihatan. – REFLEKS