Monodrama Kara adalah sebuah pementasan berkonsep pendidikan kepada generasi baharu untuk mengenali variasi permainan seni lakon pentas.
Hal ini demikian kerana apabila bercakap tentang berlakon di pentas, masyarakat kebiasaannya hanya tertumpu kepada teater dan monolog sahaja.
Namun menurut pelakon dan pengarah projek Monodrama Kara, ada banyak permainan seni lakon pentas dan generasi baharu perlu tahu.
“Saya membuat kajian tentang monolog dan monodrama ini, ramai yang masih keliru sebenarnya kerana kedua-duanya bentuk yang berbeza.
“Selain monodrama tengah in, saya mengambil inisiatif ini untuk membawa monodrama terutamanya kepada generasi-generasi baharu,” kata Lin Haslinaz
Tambah Lin Haslinaz, keunikan monodrama terletak pada bahagian transisi watak dan pelakon perlu memainkan peranan yang sangat penting.
Perubahan dari watak ke watak itu yang agak mencabar dalam monodrama dan di sitilah penonton boleh menilai kekuatan pelakon di pentas.
“Dalam satu naskah monodrama yang lengkap, ia mesti ada permulaan, klimaks dan pengakhiran cerita.
“Pelakon selalunya perlu bawa satu atau lebih dari dua watak dan itulah antara yang jadi keistimewaannya,” kata Lin Haslinaz. – Refleks.my