Saturday, April 13, 2024

Pernas, Bubbles O2 promosi industri francais sempena Petronas LTdL 2023

BAGI membangunkan keusahawan francais dalam bidang sukan, Perbanan Nasional Berhad (Pernas) sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Bubbles O2 Sdn. Bhd. (Bubbles O2) berkolaborasi dalam usaha memacu perkembangan industri francais sempena Petronas Le Tour de Langkawi 2023 (Petronas LTdL 2023).

Bubbles O2 merupakan penaja bagi Petronas LTdL 2023 “Most Combative Rider” mempelawa Pernas dalam melaksanakan kerjasama ini bagi mewujudkan semangat keusahawanan dan membuka peluang perniagaan francais dalam kalangan peserta dan pengunjung acara sukan berprestij ini.

Melalui slogan “Jom #CariPernas @ Reruai Bubbles O2”, program inovatif turun padang Pernas mempromosikan produk dan perkhidmatan Pernas kepada anggaran lebih sejuta penonton dan pengunjung di sepanjang lapan (8) laluan Petronas LTdL 2023.

Bubbles O2 Cavalcade turut membantu mempromosikan sistem francais dengan tumpuan untuk membimbing dan menyediakan sokongan pembiyaan, latihan, pembangunan keusahawanan dan pelaburan ekuiti agar orang awam boleh meneroka dan menceburi bidang perniagaan francais.

Antara usahawan dan jenama yang turut serta bersama di reruai Bubbles O2 adalah Gloria Jean’s Coffees, 1901 dan FTW Racing.

Majlis Pelancaran Jom Cari Pernas @ Reruai Bubbles O2 sempena LTdL 2023 dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pernas Datuk Abu Bakar As-Sidek bin Datuk Haji Mohd Sidek dan Pengarah Utusan/Ketua Pegawai Eksekutif Bubbles O2 Sdn. Bhd. Puan Ain Azizah binti Arifin. – REFLEKS!

Baca ini > Gloria Jean’s Coffees sasar 80 cawangan baharu dalam masa lima tahun akan datang