Tuesday, February 27, 2024

Han Tawar Servis Vellfire Untuk Disewa Siap Pemandu Untuk Bos Dalam Malaysia

Majikan atau bos dalam Malaysia tidak perlu pening kepala untuk ke sana dan ke mari kerana Han menawarkan Vellfire untuk disewa siap dengan pemandu.

Selain terpaksa ke sana dan ke mari pada waktu getir, menjadi seorang majikan atau bos bukanlah tugas yang mudah kerana banyak perkara perlu difikirkan.

Dalam masa sama, yang menjadi igauan kebanyakan majikan atau bos dalam Malaysia adalah apabila datangnya idea untuk mengupah pemandu sepenuh masa:

  1. Bos jenis jarang keluar
  2. Meeting sebulan mungkin 2 kali sahaja
  3. Kewangan syarikat belum mengizinkan

Suka atau tidak, ramai di antara bos-bos dalam Malaysia mengakui ada kalanya, dalam perjalanan pun masih perlu siapkan beberapa kerja sebelum mesyuarat atau bertemu pelanggan.

Selain itu, ada juga bos-bos dalam Malaysia melihat waktu duduk di kerusi belakang dalam kereta adalah waktu terbaik untuk berehat seketika bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Bagi menyelesaikan permasalahan itu, Han tampil menawarkan servis sewaan kenderaan jenis MVP, Vellfire siap dengan pemandu untuk bos-bos dalam Malaysia.

Ujar Han, bagi yang berminat servis sewaan Vellfire siap dengan pemandu itu bermula dengan harga RM1300 sehari atau dalam 24 jam.

IKLAN: Berminat untuk beriklan dan terbitkan artikel anda di Refleks.my? Emel [email protected] atau Whatsapp 011-17117086 untuk dapatkan sebut harga.