Saturday, April 13, 2024

Hilang passport & jam tangan dicuri, Allah angkat Dr Syazwani sebagai penyelamat!

Penerbangan Turkish Airlines gempar apabila seorang seorang wanita tua Turki tiba-tiba pengsan sebelum diselamatkan Dr Syazwani.

Difahamkan, penerbangan adalah dari Istanbul menuju Kuala Lumpur dan wanita tua berkenaan pengsan disebabkan tekanan darah tinggi.

Semua yang berada di dalam pesawat menjadi panik, tidak tahu apa mahu dibuat, sehinggalah datangnya Dr Syazwani sebagai penyelamat.

Kehadiran Dr Syazwani atau nama sebenarnya Nur Syazwani Mohd Jani bukanlah satu kebetulan sebaliknya, takdir Allah SWT.

Ramai tidak tahu sebelum Allah SWT gerakkan hati Dr Syazwani untuk selamatkan wanita tua berkenaan, banyak perkara telah terjadi.

Dalam satu perkongsian, Dr Syazwani menceritakan dia bukan hanya kehilangan jam serta passport malah ketika ini, sedang mengandung.

“Selepas pelbagai ujian yang Allah beri.. Lepas satu, satu.. Dengan kehilangan pasport.. Dengan kecurian jam tangan.. Dan Allah masih datangkan kekuatan untuk ibu mengandung ini dalam membantu orang lain.

“Allahu Allah. Hebat sungguh peracanaanMu.. Ku terima dengan redha setiap ujianMu. Ku juga sangat-sangat bersyukur dengan sesungguhnya atas nikmat yang kau beri,” ujar Dr Syazwani.

Coretan itu ditulis dalam laman Facebooknya dan paling tidak terjangka, Dr Syazwani juga sebenarnya pernah diangkat sebagai Wanita Ikon Negeri Sembilan pada tahun 2022.

MasyaAllah.. patutlah wanita ini sungguh hebat dan semoga Allah SWT terus murahkan rezeki Dr Syazwani selain dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Sebarkan artikel ini tanda sokongan ke atas tindakan-tindakan murni yang dilakukan rakyat Malaysia!

BACA JUGA> Han Tawar Servis Vellfire Untuk Disewa Siap Pemandu Untuk Bos Dalam Malaysia

IKLAN: Berminat untuk beriklan dan terbitkan artikel anda di Refleks.my? Emel [email protected] atau Whatsapp 011-17117086 untuk dapatkan sebut harga.