Tuesday, February 27, 2024

Cabar Adrenalin Di Race Room Dengan Uji Skil Pemanduan Di Genting Highlands

Hajat seorang lelaki yang ingin mencabar adrenalin dalam dirinya dengan berlumba di Race Room kini sudah boleh termakbul.

Hal ini demikian kerana Race Room bukan sahaja menyediakan peralatan simulasi malah litar berprestij dari pelbagai negara.

Jika dalam Malaysia pula, trek Litar Sepang dan Genting Highlands sering kali menjadi pilihan utama para pemain.

Ujar Ketua Pegawai Eksekutif Race Room, Jason Chong, pusat simulasi itu adalah tempat untuk penggemar sukan lumba.

Dengan bantuan teknologi, pengalaman berlumba di Race Room ternyata luar biasa dan memberikan kepuasan tersendiri.

Baik dari segi stereng, brek, kerusi serta sistem audio, memandu di Race Room ibarat berlumba di litar yang sebenar.

Pemain dapat merasai kepenatan memusingkan stereng dan getaran luar biasa apabila membrek di ruang berbatu.

Boleh dikatakan setiap pemain akan terasa bahangnya biar pun bermain dalam Race Room yang dilengkapi penghawa dingin.

Race Room dibuka pada setiap hari dari pagi hingga petang dengan harga serendah RM30 untuk satu sesi.