Monday, March 4, 2024

Kazar terus kunci mulut desas desus anaknya diceraikan oleh pengarah filem

Pelakon veteran Kazar Saisi terus kunci mulut dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berkaitan anaknya Ira diceraikan oleh pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Portal OhBulan! Dilaporkan sempat menghubungi Kazar untuk pengesahan terhadap khabar angin yang sedang tertiup kencang itu..

Bagaimana pun, Kazar, 64, mengatakan beliau masih belum mengetahui tentang perkara sebenar yang berlaku dalam rumahtangga anaknya itu.

“Pula, netizen tak ada kerja.” Begitulah jawapan ringkas yang terpacul dari mulut Kazar.

Pelakon yang popular menerusi drama Susuk itu menghantar sekeping foto potongan doa daripada Surah Ali Imram menerusi WhatsApp supaya mendoakan yang baik-baik sahaja.

Walaupun punca perceraian tidak dapat disahkan sama ada oleh pihak Ira atau Syamsul sendiri namun faktor kesihatan dibangkitkan sebagai berlakunya perceraian dalam perkahwian tersebut.

Untuk rekod, Syamsul Yusof, pelakon dan Pengarah filem tanah air mengumumkan beliau bernikah dengan Ira Kazar di Thailand pada 5 Januari lalu.

Susulan daripada pengumuman terbukanya itu, beliau berhadapan dengan kemelut rumah tangga yang dibinanya dengan aktres Puteri Sarah pada 8 Mac 2014.

Akhirnya pada 14 Jun lalu, anak kepada Produser dan Pengarah Six Million Dollar, Datuk Yusof Haslam ini akur dan melepaskan Puteri Sarah dengan talak satu.

Hasil perkongsian hidup di antara Syamsul dan Puteri Sarah, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sementara itu, semalam, dalam satu temubual bersama media tempatan, Datuk Yusof menitiskan air mata apabila memaklumkan bahawa sudah agak lama Syamsul tidak pulang ke rumah menjenguk orang tuanya.

Yusof turut mengingatkan anaknya itu jangan menunggu sehingga orang tuanya sudah tiada, baharulah mahu mencari mereka.

Datin Patimah Ismail pula apabila dihubungi media, enggan mengambil tahu mengenai khabar angin yang mengaitkan anak sulungnya itu sudah berpisah dengan Ira Kazar.

Buat kesekian kalinya, beliau menegaskan bahawa Puteri Sarah Liyana adalah satu-satunya menantu beliau menerusi perkahwinan Syamsul dengan Puteri Sarah sebelum ini.

Artikle Berkaitan :>

Syamsul Yusuf setuju untuk lafaz cerai Puteri Sarah 18 April ini

Puteri Sarah gugurkan kes terhadap Ira Kazar