Tuesday, February 27, 2024

Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter, 16 Disember, Stadium Malawati Shah Alam

WINGS terutamanya Datuk Awie yang menjadi tonggak utama dalam kumpulan lagenda tanah air, apabila membuat persembahan atau konsert mahu semua peminat hadir dan balik membawa kenangan manis kerana dapat menonton persembahan mereka.

Jarang sekali artis tanah air mengambil kira peminat yang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai naluri mahu hadir menonton konsert.

Bersifat inklusif, Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 Disember ini turut mengajak para peminat OKU untuk sama-sama hadir menyaksikan konsert yang pasti hebat itu.

“Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter anjuran Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak sebagai Rakan Strategik memberi diskaun 10% kepada peminat yang memegang kad OKU,” kata Awie dalam kenyataan medianya.

Pemegang-pemegang kad OKU layak membeli tiket dengan harga istimewa bagi kategori Rock Gold dan Rockzone sahaja (1 kad OKU 1 tiket) dengan melayari  https://wings.ubertickets.asia

Selain daripada tawaran diskaun kepada peminat OKU, ibu bapa yang teringin untuk membawa anak-anak menonton konsert keluarga ini boleh berbuat demikian.

Asalkan anak mereka berusia 7 tahun ke atas, bolehlah membeli tiket dengan melayari https://wings.ubertickets.asia.

Menurut kenyataan yang sama, pemegang kad pelajar yang mahu hadir menyaksikan Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter turut diberikan diskaun 10 peratus dalam pembelian tiket.

Pemegang-pemegang kad pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia yang masih aktif boleh membuat pembelian tiket di Rockzone sahaja dengan melayari terus ke https://wings.ubertickets.asia

Peminat yang ingin berkongsi frasa dasawarsa ‘Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ boleh mendapatkan tiket konsert RM95 – CAT 5 tempat duduk bebas, RM135 – CAT 4 tempat duduk bebas, RM175 – CAT 3 tempat duduk bebas, RM155 – CAT 2 tempat duduk bebas, RM205 – CAT 1 tempat duduk bebas RM125 – Rockzone bebas berdiri, RM355 – Rock Gold tempat duduk bernombor, RM335 – Rock Silver tempat duduk bernombor dan RM455 – Rock Emperor juga tempat duduk bernombor.

“Pakej korporat bagi pembelian tiket secara pukal turut ditawarkan dan bolehlah WhatsApp di nombor 0192888092 untuk keterangan lanjut,” kata kenyataan tersebut.

Seolah-olah berjanji kepada bakal hadirin, Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter tidak akan menghidangkan konsep yang sama dan kerap diulang-ulang dalam sesebuah konsert yang telah dianjurkan, apatah lagi dilihat vakum dengan resepi lama.

Sama-samalah kita nantikan magis yang akan ditampilkan di Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter, 16 Disember, Stadium Malawati Shah Alam! – REFLEKS