Tuesday, February 27, 2024

Keena Mentor dedah ost filem ada penampakan roh

Penyanyi dan pelakon Keena Mentor dedah sesuatu yang mengerikan, terdapat kejadian pelik berlaku semasa sesi rakaman lagu terbarunya untuk filem Misteri Roh Pulau Penunggu.

Sesi pengambaraan turut di kacau oleh sesuatu misteri

Menurutnya, semasa lirik lagu itu ditulis oleh dirinya ada sesuatu kejadian mistik berlaku di dalam studio.

‘’Lirik lagu ini dibantu oleh gitaris Andy Irwandy dari kumpulan typewriter, masa Andy mengolah lagu tersebut di dalam studio secara tiba-tiba berlaku benda pelik seperti kerusi bergerak sendiri malah lagu juga turut hilang dalam data.

‘’Atas beberapa faktor, Andy menyiapkan lagu tersebut di siang hari, jika buat lagu pada waktu malam bulu roma akan meremang kerana bait lagu yang begitu seram’’. Katanya.

Selain itu, Keena juga berkongsi pengalaman semasa sesi penggambaran yang dilakukan di Perak, terdapat juga mistik dan kejadian aneh terhadap krew serta pelakon.

‘’Pelbagai dugaan dalam pembikinan filem ini, salah seorang krew digigit lipan dalam gua, saya dan Tom Tom histeria, dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan juga kami digangu dalam kereta, kami lihat ada ‘penampakan’ yang tinggi di atas kereta.

‘’Saya pula diletakkan di tengah tasik yang sudah 25 tahun orang tidak berani jejak kaki di situ malah hampir di serang oleh seekor ikan toman yang besar, namun demi menjayakan watak saya beri perhatian sepenuhnya, saya juga terharu atas komitmen pelakon sangat berdisiplin dan bagus memberi kerjasama sepenuhnya.’’ Jelasnya.

Filem hantu Misteri Roh Pulau Penunggu ini mengisahkan tentang pelajar-pelajar dari golongan elit iaitu Johan, Keena, Aida, Hezry, Faizal, Tom dan Farhan dalam ekspedisi ke luar Bandar mencari hantu.


Namun kejadian aneh dan mesteri mula berlaku selepas mereka menginap di salah sebuah rumah banglo lama yang terbiar bermulalah peristiwa mereka diganggu oleh roh-roh kejam di pulau tersebut.

Filem ini menghimpunkan para pelakon dari racangan reality TV, iaitu Keena Mentor, Tom GV9, Erul dan Putra Amaris. Sutradara dari Shahridan Popeye, terbitan astro first.