5 November menyaksikan pengasas Borneo Fashion Week (BFW), Stephanie Alcantara dinobat sebagai Mrs Malaysia Classique Globe 2023.
Bagi Stephanie, ia adalah satu perjalanan yang luar biasa, penuh dengan cabaran dan tidak mungkin berjaya tanpa sokongan ramai.
Ucapan Terima Kasih Stephanie
“Ucapan terima kasih yang mendalam kepada penganjur Mrs Malaysia Globe kerana menyediakan platform ini dan mempercayai kuasa wanita untuk membuat perubahan.
“Saya mengucapkan terima kasih khas kepada keluarga saya, kepada @a.cornelius68 yang telah menjadi sistem sokongan saya yang tidak berbelah bahagi,” katanya.
Stephanie berkata demikian dalam media sosialnya selepas merangkul gelaran Mrs Malaysia Classique Globe 2023 di pentas Mega Arena Star, Sungai Wang Plaza.
“Saya ingin meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada penaja dan rakan kongsi saya yang berdedikasi, termasuk @vogueoslease.
“@vogueslease menyediakan gaun malam yang menakjubkan, meningkatkan keanggunan dan keyakinan saya sepanjang pertandingan,” tulis Stephanie.
Dengan gelaran yang dirangkul, Stephanie berjanji mahu menggunakan platform tersebut untuk meningkatkan kesedaran bagi tujuan yang penting di hatinya.
Kecantikan Datang Dalam Pelbagai Rupa
Melayari kehidupan sebagai ibu kepada dua gadis yang hebat, Stephanie beralih daripada berkhidmat di Astro kepada menguruskan sebuah agensi media kecil.
Dalam usaha menyokong bakat tempatan, Stephanie menjadi pengasas dan memulakan Borneo Fashion Week sejak 2019.
Menyertai pertandingan Mrs Malaysia Globe 2023 adalah sesuatu yang berada di luar pertumbuhan dirinya namun Stephanie berjaya membuktikan kejayaannya.