Monday, December 4, 2023

MIAPEX23 platform tembus industri automotif bermula hari ini!

MALAYSIA International AutoParts Expo (MIAPEX) 2023 akan menjadi platform terbesar buat semua khususnya usahawan industri kecil dan sederahana (SME) menceburkan diri dalam industri automotif dalam negara.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) Motonotion, Jet Ong, ekspo itu akan berlangsung selama empat hari bermula 16 November hingga 19 November ini di The Mines, Seri Kembangan.

Jelas beliau, MIAPEX 2023 akan menghimpukan 300 pempamer dari China, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Motonotion, Jet Ong

“Tahun ini, banyak pembekal tayar dari China ini datang, sebenarnya susah untuk dapatkan mereka hadir menyertai pameran ini.

“Kita dapat banyak permintaan dari usahawan bumiputera yang minat untuk menceburi bidang tayar ini tetapi tidak ada kenalan. Saya galakkan lebih ramai datang.

“China punya tayar sekarang ini berkualiti. Tayar makin murah. Ramai yang cari pembekal secara terus,” kata Jet lagi.

Mengulas lanjut, Jet berkata, antara segmen lain yang diketengahkan dalam MIAPEX 2023 adalah kereta elektrik (EV) yang ketika ini mula berkembang dalam negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Motonotion, Mohd Nazrul Zahri

Menurut Jet, MIAPEX 2023 akan membawa pempamer dari China yang merupakan pemain industri EV terbesar dan berpengalaman di Asia ketika ini

“Kita juga ada segmen kereta elektrik (EV) yang mana kita tahu dalam negara tidak banyak pameran berkenaan alat ganti, bengkel baik pulih EV.

“Di China, EV bukan benda baharu. Teksi mereka juga adalah EV,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Motonotion, Mohd Nazrul Zahri berkata, MIAPEX 2023 akan turut mengetengahkan program perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada pelanggan (B2C).

Menurut Mohd Nazrul, tujuan utama program itu dianjurkan adalah untuk melibatkan pengguna hiliran.

“Kita mahu menghubungkan pengguna hiliran dengan bengkel dan kedai aksesori.

“Kita jangka 25,000 pengunjung. Kita juga buat bengkel kemahiran yang mana memfokuskan kepada orang yang mahu belajar membuka bengkel,” katanya.

Kredit: UtusanTV

Baca ini > Supped up cars, Electric Vehicles, 4x4s and automotive lifestyle at IAM Kuala Lumpur 2023