Bagi generasi muda atau pasangan yang baru berkahwin dan merancang untuk membeli rumah pertama, terdapat beberapa dokumen penting perlu dilengkapkan.
Senarai empat dokumen penting yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Slip gaji 6 bulan terkini
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Penyata KWSP terkini
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membuat semakan permohonan dan kesemua dokumen ini perlu diserahkan kepada perunding hartanah.
Hal ini demikian kerana dalam bidang perumahan, perunding hartanah adalah individu yang berperanan sebagai pemudah cara kepada bakal pembeli.
Setelah lengkap, perunding hartanah bertanggungjawab untuk memastikan kesemua dokumen penting yang diperlukan sampai ke tangan pegawai bank panel.
Bank panel yang dimaksudkan kebiasaannya adalah institusi kewangan yang dipercayai seperti Maybank, AmBank, CIMB, Bank Islam, MBSB dan banyak lagi.
Namun ada satu perkara penting yang perlu difahami pemohon iaitu kadar pinjaman daripada setiap bank panel adalah tidak sama berdasarkan pelbagai faktor.
Untuk ketahui lebih lanjut, hubungi perunding hartanah, Akyem Samad menerusi Whatsapp 011-17117086 atau emel ke [email protected] – REFLEKS!
Baca ini > Pinjaman LPPSA: Fasilitasi Perumahan Melalui Skim Khas Kerajaan