Pelakon kontroversi, Sharnaaz Ahmad menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret memutuskan dia dilepas dan dibebaskan hari ini atas pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan di kondominium pada Jun tahun lalu.
Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak berhubung representasi yang dihantar selebriti itu.

“Setelah mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan mahkamah berpuas hati dan dengan ini memerintahkan supaya pertuduhan terhadap Orang Kena Saman (OKS) (Sharnaaz) dilepas dan dibebaskan (DNA) manakala wang jaminan dikembalikan,” kata Majistret Atiqah.
Sementara itu, Sharnaaz yang ditemui oleh para media selepas kes prosiding melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan pada hari ini.
Pada 2 Mei lalu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad mengemukakan representasi untuk menggugurkan pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni di sebuah kondominium.
Tahun lalu media melaporkan, seorang pelakon lelaki berusia 30-an direman selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, pada tahun lepas.
Kejadian dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.
Artikle Berkaitan :>
Sharnaaz Ahmad buka cawangan Hello kelima, bakal buka 80 cawangan di seluruh Malaysia dan Indonesia