Nabila Razali tidak lagi single, sah bergelar isteri

0
16
Nabila Razali tak single lagi

Dengan sekali lafaz pelakon dan penyanyi, Nabila Razali, 33, kini sah bergelar Isteri Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan mas kahwin RM22.50, pada pukul 10.11 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Fawwaz dari Masjid Genting Highland .

Majlis  pernikahan yang bertemakan English Garden ini mendapat sentuhan dari rekaan Terusik Event diadakan di Resort pahang dan dihadiri oleh k keluarga, rakan selebriti dan juga orang kenamaan.

Nabila meluahkan rasa syukur kini sudah bergelar isteri dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan urusan hari bahagianya.

”Alhamdulilah, Syukur ke hadrat ilhahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar.

”Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,”. Luahnya .

Terdahulu, media melaporkan Nabila bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pelumba kereta litar Formula, pada 13 November lalu.

Pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi ditempat yang sama di sebelah petang.
Antara selebriti yang hadir adalah Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Amira Othman dan Hael Husaini.